Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di malaysia. Kepada yang melakukan ibadah korban, moga korban anda mendapat keberkatan. Kepada yang hanya makan daging korban, jaga-jaga pemakanan anda, jangan sampai kena ‘high blood pressure’, raya pon kena jaga kesihatan, hehe..
Baiklah, berdasarkan tajuk post di atas, pasti anda semua sudah tahu, dan pernah mendapat email-email spam yang di hantar oleh individu tertentu atau spambot. Sejak saya join beberapa group di Yahoo Group, dah beratus-ratus email spam yang mengisi inbox yahoo mail saya. Sampai nak delete pun dah malas. Di bawah ni adalah salah satu email yang baru sahaja saya dapat tadi.
Adakah anda percaya kandungan email ni?? Mungkin ada yang percaya dan ada yang tidak. Dan mungkin ada juga yang tertanya-tanya, betul ker ni, betul ker boleh dapat duit mudah macam ni??
Bila dibaca email tu memang berbunyi agak menarik. Kandungan email ni memberi maksud, dengan mendaftar program tersebut di internet, anda boleh dapat duit dengan mudah.
Email di atas tidak menggalakkan orang berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan, semuanya menerangkan bagaimana nak dapatkan kejayaan dengan mudah. Kalau lah email di atas tu betul, agaknya dah ramai orang yang jadi jutawan sekelip mata. Jadi, fikirlah secara rasional sebelum membuat keputusan.


