niche

Agak kerap juga kita dengar perkataan ‘niche’ ini di laman-laman web internet marketer. Bagi yang baru nak menceburi IM ni, ramai yang tidak tahu apa itu ‘niche’ sebenarnya.

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita mesti mempunyai niche yang tersendiri dan juga menguntungkan. Ramai orang yang gagal dalam perniagaan internet kerana tersilap memilih niche. Biasanya mereka tidak membuat kajian untuk mencari niche yang sesuai semasa memulakan perniagaan internet.

Niche adalah satu bentuk pengkhususan. Contohnya jika kita minat kereta, kita akan buat website pasal kereta, jika minat web design, buat website pasal web design. Tapi kita juga perlu kaji berapa banyak permintaan dan persaingan terhadap niche tersebut.

Contohnya, kita buat website pasal panduan membina blog. Kalau search di google ‘panduan membina blog’, lebih kurang 2 juta results akan keluar. Tapi kalau kita spesifikkan lagi ‘panduan blog promosi produk’, hanya lebih kurang 2 ratus ribu results akan keluar. Jadi, persaingan terhadap niche tersebut menjadi semakin rendah dengan permintaan yang tinggi.

Pendek kata, pemilihan niche juga adalah salah satu kaedah SEO (search engine optimization). Ini adalah penting supaya website kita akan mudah ditemui di search engine dan menambah bilangan pengunjung.


Share/Save/Bookmark

Leave a Reply