Bercakap tentang SEO (search engine optimization) anda tidak akan terlepas dengan mencari keyword yang boleh meningkatkan trafik ke blog atau laman web anda.

Tetapi ada satu faktor yang lain yang anda mesti ambil kira juga. Ianya adalah, adakah keyword yang dipilih itu bersifat commercial atau non-commercial.

Contohnya keyword ’swine flu’, sudah pasti pelawat yang mencarinya hanya mahukan maklumat sahaja, bukan mahu membeli. Tetapi jika memilih ‘iphone’, kemungkinan pelawat melayari internet dengan tujuan membeli adalah tinggi.

Satu lagi contoh adalah jika menggunakan keyword ‘michael jackson’. Biasanya pelawat mencari keyword tersebut untuk mendapatkan maklumat. Tetapi jika memilih ‘michael jackson dvd’ adakah keyword tersebut membawa kepada pelawat yang mahu membeli?

Sebenarnya terdapat satu lamanweb yang dimiliki oleh MSN yang boleh membantu untuk memastikan samaada keyword yang dipilih bersifat commercial atau non-commercial.

ui_header_slice_09-4

Anda boleh ke laman web ini untuk membantu anda mencari keyword yang sesuai - Detecting Online Commercial Intention


Share/Save/Bookmark

Leave a Reply