Di internet, terdapat banyak jenis konsep laman web seperti shopping cart, content management, blog dan sebagainya. Tetapi terdapat juga peniaga internet menggunakan minisite bagi menjual produk atau perkhidmatan mereka di internet.
Apa yang saya nak sampaikan pada post kali ini adalah tentang minisite. Minisite lebih memfokus kepada satu jenis pemasaran sahaja. Biasanya ia digunakan untuk mempromosi ebook, produk hak jual semula dan sebagainya.
Antara ciri-ciri minisite adalah:
1. Laman web yang mengandungi 1 halaman utama sahaja.
2. Tidak memerlukan kos yang besar untuk membinanya
3. Dapat memfokus terhadap sesuatu produk sepenuhnya.
Ciri-ciri laman web minisite yang menarik perhatian pelawat:
1. Ada tajuk dan sub-tajuk pada header
2. Headline yang ringkas dan menarik
3. Tajuk produk anda
4. Terdapat beberapa testimoni
5. Proses pembayaran yang mudah
6. Menu tambahan seperti contact dan support
Membina sebuah laman web minisite agak rumit jika tidak mahir dalam grafik. Jika anda tidak mahu membina sendiri laman minisite, anda boleh dapatkannya dengan PERCUMA di sini: Template Minisite Percuma


