freenuffnang

Bagi mereka yang belum tahu, mungkin akan tertanya-tanya, apa benda Nuffnang ni. Nuffnang ni adalah syarikat pengiklanan Malaysia yang membolehkan kita menjana pendapatan melalui program pay per klik. Ia memberi peluang kepada kita untuk menjana pendapatan melalui blog.

Kepada para blogger-blogger, selain menggunakan Google Adsense, anda juga boleh mendaftar menjadi ahli Nuffnang. Jika anda mempunyai trafik visitor yang tinggi ia adalah bonus bagi anda kerana visitor mungkin akan tertarik pada iklan Nuffnang.

Syaratnya

1. anda ada blog yang aktif
2. anda ada emel yang sah

Mendaftar di Nuffnang

1. pergi ke www.nuffnang.com.my
2. klik pada Sign-up as a blogger
3. baca terma dan syarat
4. klik pada butang sign me up

Check emel anda

1. klik link activation

Masuk semula Nuffnang

1. masukkan emel
2. masukkan password yang diberikan melalui link activation tadi

Buka Blog Manager dan isikan maklumat anda,kemudian jawab soalan kajiselidik mereka.

Seterusnya anda boleh memilih jenis iklan yang anda ingin paparkan di dalam blog anda. Copy dan paste kan nya.

Di sini saya sertakan Panduan Nuffnang yang ditulis dengan lengkap beserta bukti penulis menerima bayaran dari Nuffnang. Klik sini untuk Panduan Nuffnang


Share/Save/Bookmark

Leave a Reply