Archive for the ‘Panduan Pendapatan Internet’ Category
Di internet, terdapat banyak jenis konsep laman web seperti shopping cart, content management, blog dan sebagainya. Tetapi terdapat juga peniaga internet menggunakan minisite bagi menjual produk atau perkhidmatan mereka di internet.
Apa yang saya nak sampaikan pada post kali ini adalah tentang minisite. Minisite lebih memfokus kepada satu jenis pemasaran sahaja. Biasanya ia digunakan untuk mempromosi ebook, produk hak jual semula dan sebagainya.
Antara ciri-ciri minisite adalah:
1. Laman web yang mengandungi 1 halaman utama sahaja.
2. Tidak memerlukan kos yang besar untuk membinanya
3. Dapat memfokus terhadap sesuatu produk sepenuhnya.
Ciri-ciri laman web minisite yang menarik perhatian pelawat:
1. Ada tajuk dan sub-tajuk pada header
2. Headline yang ringkas dan menarik
3. Tajuk produk anda
4. Terdapat beberapa testimoni
5. Proses pembayaran yang mudah
6. Menu tambahan seperti contact dan support
Membina sebuah laman web minisite agak rumit jika tidak mahir dalam grafik. Jika anda tidak mahu membina sendiri laman minisite, anda boleh dapatkannya dengan PERCUMA di sini: Template Minisite Percuma
Bercakap tentang SEO (search engine optimization) anda tidak akan terlepas dengan mencari keyword yang boleh meningkatkan trafik ke blog atau laman web anda.
Tetapi ada satu faktor yang lain yang anda mesti ambil kira juga. Ianya adalah, adakah keyword yang dipilih itu bersifat commercial atau non-commercial.
Contohnya keyword ’swine flu’, sudah pasti pelawat yang mencarinya hanya mahukan maklumat sahaja, bukan mahu membeli. Tetapi jika memilih ‘iphone’, kemungkinan pelawat melayari internet dengan tujuan membeli adalah tinggi.
Satu lagi contoh adalah jika menggunakan keyword ‘michael jackson’. Biasanya pelawat mencari keyword tersebut untuk mendapatkan maklumat. Tetapi jika memilih ‘michael jackson dvd’ adakah keyword tersebut membawa kepada pelawat yang mahu membeli?
Sebenarnya terdapat satu lamanweb yang dimiliki oleh MSN yang boleh membantu untuk memastikan samaada keyword yang dipilih bersifat commercial atau non-commercial.
Anda boleh ke laman web ini untuk membantu anda mencari keyword yang sesuai - Detecting Online Commercial Intention
Bagi mereka yang belum tahu, Paypal telah memperkenalkan mata wang baru termasuk Philipino Peso, Taiwan Dollar, Thai Baht, Peso Argentina dan Ringgit Malaysia. Jika anda mempunyai akaun Paypal, anda boleh menyemak di page policy updates seperti berikut:
Sekarang dah boleh ’send money’ dan ‘request money’ dalam ringgit malaysia
Tapi, buat masa sekarang tak boleh nak keluarkan duit atau nak tambah duit ke Paypal melalui bank tempatan lagi.
Bila sebut tentang bisnes internet mesti ramai yang memandang serong terhadap apa-apa cerita tentang buat duit dengan internet. Ini kerana masih ramai yang tak faham tentang buat duit melalui internet. Sebenarnya terdapat dua kaedah buat duit melalui internet ni. Satu ialah perniagaan internet dan satu lagi adalah pelaburan internet. Kedua-dua ini sebenarnya adalah berbeza, namun pada pandangan masyarakat semua yang berkaitan dengan internet hanyalah tipu dan bohong belaka.
Untuk membetulkan tanggapan masyarakat yang masih keliru tentang buat duit di internet, pengasas wangcyber, mohd suhaimy a.k.a. shuth telah melancarkan sebuah kempen “Celik Duit Internet”, yang bertujuan untuk memberi info sepenuhnya tentang bagaimana untuk menjana wang melalui cara yang halal di internet.
Sila klik link di bawah untuk membaca artikel “Celik Duit Internet” dan sebarkan kepada rakan-rakan disekeliling anda.
(anda memerlukan perisian yang dapat membuka pdf. file untuk membaca artikel ini)
laporan-khas-celik-perniagaan-internet

Sebahagian besar daripada kita benar-benar bekerja keras untuk mendapatkan gaji - tetapi bagaimana jika anda benar-benar boleh mendapatkan wang tanpa perlu ke tempat kerja? Kedengarannya seperti mimpi, kan? Sebenarnya, mimpi ini sangat nyata bagi sesiapa yang telah menemui peluang pendapatan pasif. Dengan peluang yang ada ini mereka ini hanya duduk dan mengumpul wang dengan mudah melalui internet. Baca dan teliti apakah ini boleh menjadi bentuk pendapatan yang anda cari.
Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan pasif? Pendapatan pasif merujuk pada pendapatan yang diperolehi tanpa memerlukan usaha yang konsisten. Contoh pendapatan pasif adalah membeli rumah untuk disewa. Anda membuat pelaburan awal semasa membeli, tapi selepas itu anda hanya perlu menyewa untuk mendapatkan wang tanpa ada kerja nyata dari anda. Walaubagaimanapun, peluang pendapatan sebegini agak relatif kerana tidak semua orang mampu membeli hartanah untuk disewa. Oleh itu, internet merupakan pilihan terbaik pendapatan pasif masa kini.
Kaedah yang paling berkesan untuk membuat pendapatan pasif di internet adalah membina sebuah laman web dan menjual iklan di laman web. Sebuah laman web tidak memerlukan pelaburan awal yang banyak, tetapi memerlukan pelaburan masa . Anda perlu bekerja dengan menerapkan teknik SEO untuk memastikan bahawa kedudukan laman web anda cukup tinggi di search engine supaya orang boleh menemuinya. Tapi setelah laman web anda memiliki traffic yang agak baik, anda hanya perlu duduk dan membiarkan pelawat-pelawat mengklik iklan anda, sambil menunggu wang masuk.
Jika dilihat sekarang ini, begitu banyak iklan-iklan yang mempromosi peluang pendapatan internet. Walaubagaimanapun anda harus berhati-hati dengan iklan-iklan sebegini. Ada banyak syarikat atau individu yang menuntut kita membuat bayaran untuk memberikan teknik-teknik membina sebuah laman web - dan berakhir dengan laman web anda mempromosi mendapatkan orang lain membayar untuk membina laman web yang sama - dengan kata lain, ia adalah taktik piramid scam. Ada syarikat lain yang mengatakan bahawa mereka akan mengajar anda bagaimana untuk memperolehi pendapatan melalui internet. Berhati-hati juga dengan tawaran-tawaran sebegini. Sebaik-baiknya sebelum memulakan perniagaan internet, buat kajian dan teliti dahulu tentang peluang perniagaan yang hendak diceburi.






