Archive for the ‘Panduan Blog’ Category
Di internet, terdapat banyak jenis konsep laman web seperti shopping cart, content management, blog dan sebagainya. Tetapi terdapat juga peniaga internet menggunakan minisite bagi menjual produk atau perkhidmatan mereka di internet.
Apa yang saya nak sampaikan pada post kali ini adalah tentang minisite. Minisite lebih memfokus kepada satu jenis pemasaran sahaja. Biasanya ia digunakan untuk mempromosi ebook, produk hak jual semula dan sebagainya.
Antara ciri-ciri minisite adalah:
1. Laman web yang mengandungi 1 halaman utama sahaja.
2. Tidak memerlukan kos yang besar untuk membinanya
3. Dapat memfokus terhadap sesuatu produk sepenuhnya.
Ciri-ciri laman web minisite yang menarik perhatian pelawat:
1. Ada tajuk dan sub-tajuk pada header
2. Headline yang ringkas dan menarik
3. Tajuk produk anda
4. Terdapat beberapa testimoni
5. Proses pembayaran yang mudah
6. Menu tambahan seperti contact dan support
Membina sebuah laman web minisite agak rumit jika tidak mahir dalam grafik. Jika anda tidak mahu membina sendiri laman minisite, anda boleh dapatkannya dengan PERCUMA di sini: Template Minisite Percuma
Bercakap tentang SEO (search engine optimization) anda tidak akan terlepas dengan mencari keyword yang boleh meningkatkan trafik ke blog atau laman web anda.
Tetapi ada satu faktor yang lain yang anda mesti ambil kira juga. Ianya adalah, adakah keyword yang dipilih itu bersifat commercial atau non-commercial.
Contohnya keyword ’swine flu’, sudah pasti pelawat yang mencarinya hanya mahukan maklumat sahaja, bukan mahu membeli. Tetapi jika memilih ‘iphone’, kemungkinan pelawat melayari internet dengan tujuan membeli adalah tinggi.
Satu lagi contoh adalah jika menggunakan keyword ‘michael jackson’. Biasanya pelawat mencari keyword tersebut untuk mendapatkan maklumat. Tetapi jika memilih ‘michael jackson dvd’ adakah keyword tersebut membawa kepada pelawat yang mahu membeli?
Sebenarnya terdapat satu lamanweb yang dimiliki oleh MSN yang boleh membantu untuk memastikan samaada keyword yang dipilih bersifat commercial atau non-commercial.
Anda boleh ke laman web ini untuk membantu anda mencari keyword yang sesuai - Detecting Online Commercial Intention
Kali ini saya ingin kongsikan tentang web hosting yang telah saya miliki iaitu NetKL.com. NetKL adalah syarikat web hosting Malaysia dan dikendalikan menggunakan TM teknologi.
Apa yang menyebabkan saya memilih NetKL.com adalah kerana ia menawarkan pakej-pakej hosting yang pelbagai mengikut kesesuaian pengguna.
Bayaran pakej juga agak memuaskan. Blog Wakaf Cyber ini menggunakan pakej basic yang berharga RM6o setahun termasuk daftar percuma nama domain dan 400MB data storage.
Respond dan Customer Service NetKL juga amat bagus dan teramat cepat. Sebarang masalah boleh dihantar melalui email dan mereka akan membalas dalam masa yang singkat.
Lihat contoh masalah yang saya hantar di bawah. Email respon dibalas dalam masa tak sampai 10 minit dan masalah tersebut berjaya diselesaikan.
Jika anda ingin melihat pakej yang disediakan oleh NetKL, sila klik di SINI
Agak kerap juga kita dengar perkataan ‘niche’ ini di laman-laman web internet marketer. Bagi yang baru nak menceburi IM ni, ramai yang tidak tahu apa itu ‘niche’ sebenarnya.
Untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita mesti mempunyai niche yang tersendiri dan juga menguntungkan. Ramai orang yang gagal dalam perniagaan internet kerana tersilap memilih niche. Biasanya mereka tidak membuat kajian untuk mencari niche yang sesuai semasa memulakan perniagaan internet.
Niche adalah satu bentuk pengkhususan. Contohnya jika kita minat kereta, kita akan buat website pasal kereta, jika minat web design, buat website pasal web design. Tapi kita juga perlu kaji berapa banyak permintaan dan persaingan terhadap niche tersebut.
Contohnya, kita buat website pasal panduan membina blog. Kalau search di google ‘panduan membina blog’, lebih kurang 2 juta results akan keluar. Tapi kalau kita spesifikkan lagi ‘panduan blog promosi produk’, hanya lebih kurang 2 ratus ribu results akan keluar. Jadi, persaingan terhadap niche tersebut menjadi semakin rendah dengan permintaan yang tinggi.
Pendek kata, pemilihan niche juga adalah salah satu kaedah SEO (search engine optimization). Ini adalah penting supaya website kita akan mudah ditemui di search engine dan menambah bilangan pengunjung.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di malaysia. Kepada yang melakukan ibadah korban, moga korban anda mendapat keberkatan. Kepada yang hanya makan daging korban, jaga-jaga pemakanan anda, jangan sampai kena ‘high blood pressure’, raya pon kena jaga kesihatan, hehe..
Baiklah, berdasarkan tajuk post di atas, pasti anda semua sudah tahu, dan pernah mendapat email-email spam yang di hantar oleh individu tertentu atau spambot. Sejak saya join beberapa group di Yahoo Group, dah beratus-ratus email spam yang mengisi inbox yahoo mail saya. Sampai nak delete pun dah malas. Di bawah ni adalah salah satu email yang baru sahaja saya dapat tadi.
Adakah anda percaya kandungan email ni?? Mungkin ada yang percaya dan ada yang tidak. Dan mungkin ada juga yang tertanya-tanya, betul ker ni, betul ker boleh dapat duit mudah macam ni??
Bila dibaca email tu memang berbunyi agak menarik. Kandungan email ni memberi maksud, dengan mendaftar program tersebut di internet, anda boleh dapat duit dengan mudah.
Email di atas tidak menggalakkan orang berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan, semuanya menerangkan bagaimana nak dapatkan kejayaan dengan mudah. Kalau lah email di atas tu betul, agaknya dah ramai orang yang jadi jutawan sekelip mata. Jadi, fikirlah secara rasional sebelum membuat keputusan.





