Archive for the ‘Ebook Perniagaan Internet’ Category
Pay per lead adalah salah satu teknik yang digunakan oleh pemasar internet untuk promosi ebook, software atau nak dapatkan senarai email yang targeted (tertumpu).
Teknik ini cepat, mudah dan menarik tetapi melibatkan kos dari mereka. Walaupun mereka mengeluarkan belanja tetapi pulangannya sangat berbaloi.
Biasanya pay per lead ini ada tempoh yang tertentu misalnya satu bulan, 15 hari atau diteruskan sehingga mencapai sasaran.
Bagi pihak kita pula pay per lead ini dapat memberikan wang. Biasanya 30 sen, 15 sen, 10 sen dan ada yang RM1. Internet marketers dari luar negera ada yang menawarkan sehingga US2 bagi satu lead.
Cara ianya dijalankan adalah dengan menyediakan satu laman web yang menceritakan tentang ebook, software atau lain-lain produk digital untuk di muat turun secara percuma. Kemudian anda ditawarkan wang jika anda berjaya membawa seseorang untuk turut sama download barangan tersebut.
Di pihak pemasar pay per lead, mereka akan dapat mengumpul senarai nama dengan cepat. Malah, senarai nama yang dikumpul oleh mereka itu adalah daripada yang targeted email. Ia lebih senang jika anda mempromosi tawaran pay per lead yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan para pelawat.
Laporan PERCUMA yang ditulis oleh En.Fazdlie ini menerangkan secara jelas mengenai program Pay Per Lead bermula dari awal sehinggalah bagaimana anda boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan anda.
Klik LAPORAN PERCUMA PPL ini untuk mendapatkannya.
Bagi mereka yang belum tahu, mungkin akan tertanya-tanya, apa benda Nuffnang ni. Nuffnang ni adalah syarikat pengiklanan Malaysia yang membolehkan kita menjana pendapatan melalui program pay per klik. Ia memberi peluang kepada kita untuk menjana pendapatan melalui blog.
Kepada para blogger-blogger, selain menggunakan Google Adsense, anda juga boleh mendaftar menjadi ahli Nuffnang. Jika anda mempunyai trafik visitor yang tinggi ia adalah bonus bagi anda kerana visitor mungkin akan tertarik pada iklan Nuffnang.
Syaratnya
1. anda ada blog yang aktif
2. anda ada emel yang sah
Mendaftar di Nuffnang
1. pergi ke www.nuffnang.com.my
2. klik pada Sign-up as a blogger
3. baca terma dan syarat
4. klik pada butang sign me up
Check emel anda
1. klik link activation
Masuk semula Nuffnang
1. masukkan emel
2. masukkan password yang diberikan melalui link activation tadi
Buka Blog Manager dan isikan maklumat anda,kemudian jawab soalan kajiselidik mereka.
Seterusnya anda boleh memilih jenis iklan yang anda ingin paparkan di dalam blog anda. Copy dan paste kan nya.
Di sini saya sertakan Panduan Nuffnang yang ditulis dengan lengkap beserta bukti penulis menerima bayaran dari Nuffnang. Klik sini untuk Panduan Nuffnang
Salah satu cara untuk menjana pendapatan di internet adalah dengan menjual produk ebook anda sendiri. Ada antara penulis ebook kat Malaysia ni dah berjaya menghasilkan pendapatan 4 angka sebulan dengan menjual ebook ni.
Nak buat ebook ni bukan susah pon. Terjemah je apa-apa idea atau kemahiran tertentu yang anda ada dalam bentuk penulisan. Contohnya idea seperti membina laman web, resepi masakan, ubahsuai kereta dan macam-macam lagi.
Di sini saya sertakan kelebihan-kelebihan menghasilkan ebook ni:
- kos rendah - anda buat ebook sendiri dengan percuma, tiada kos mencetak dan mengedar
- pasaran luas - boleh jual ebook anda melalui internet ke seluruh dunia
- keuntungan 100% - hasil jualan ebook anda 100% terus ke akaun anda
- jual secara automasi - anda boleh menjalankan perniagaan ebook secara autopilot, walaupun sedang tidur
Anda boleh mendapatkan panduan buat ebook secara percuma yang ditulis oleh Jamaluddin Bahari di laman web www.buatebook.com




